top of page

Lawatan Sambil Belajar Ke SIRIM Di Shah Alam,Selangor

  • Asman Shah
  • Feb 9, 2017
  • 1 min read

Pada 7hb Februari yang lalu, kami DPR4 sekelas telah mengadakan lawatan sambil belajar di bawah subjek Marketing Research dan Advertising. Jumlah pelajar yang terlibat adalah 44 termasuk dua orang pensyarah bimbingan iaitu Puan Aishah dan Puan Dalila. Perjalanan kami bermula dari Behrang pada pukul 8 pagi untuk ke Shah Alam dan sampai di sana sekitar pukul 10.30 pagi.

Logo SIRIM

Tempat pertama yang dikunjungi adalah syarikat SIRIM. Kami telah disambut dengan mesra oleh pihak SIRIM sendiri. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah mendengar sedikit ucapan atau taklimat dari pihak SIRIM berkenaan syarikat itu seperti pengenalan akan SIRIM dan sejarah penubuhannya. Selepas itu jamuan turut disediakan pihak SIRIM kepada kami. Akhir sekali, kami melawati galeri SIRIM dan melihat pelbagai jenis pameran di situ bersama-sama dengan staf SIRIM yang bertugas memberikan penerangan akan setiap pameran yang ditawarkan. Lawatan di SIRIM berakhir sekitar pukul 12.15 tengahari.

Penerangan Daripada Staf SIRIM

Ruangan Pameran Di Dalam Galeri

Suasana Di Dalam Galeri

Rakan-Rakan Lelaki Sekelas

Untuk maklumat lanjut mengenai SIRIM Malaysia,Tekan link di bawah ini


ความคิดเห็น


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

KEGEMARAN

INFO TERKINI

TIPS KETIKA BANJIR, APABILA MENERIMA ARAHAN BERPINDAH, SEGERALAH BERTINDAK SEDEMIKIAN KE PUSAT PEMINDAHAN YANG DISEDIAKAN

TENTANG PSAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH ATAU PERNAH DIKENALI DENGAN NAMA POLITEKNIK TANJUNG MALIM MERUPAKAN INSTITUT POLITEKNIK YANG BERLOKASI DI BEHRANG,PERAK.DITUBUHKAN PADA 1 MAC 2002 SEBAGAI POLITEKNIK KE-15.

HUBUNGI KAMI

Tel: 016-4421864/016-7555429
Instagram: mr_zariey
Mail:best4successdpr@gmail.com

ESTABLISHED SINCE 13 JANUARY 2017

bottom of page